Sambutan Maulidur Rasul Sepang 2023 sasar 10,000 pengunjung Sabtu ini

Sambutan Maulidur Rasul Sepang 2023 sasar 10,000 pengunjung Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 pengunjung disasarkan bakal hadir memeriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sepang 2023 pada Sabtu ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, acara utama sambutan ini ialah Program Selawat Perdana, ‘Sepang Berselawat’ yang akan diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Menurut beliau, program yang mendapat kerjasama pihak masjid berkenaan dan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang itu merupakan tahun kelima penganjurannya pihak berkuasa tempatan ini sejak 2019.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan bersekali dengan Karnival Masjid antaranya Tea Talk bersama Ustazah Da’i Nur Hidayu; Perarakan Maulidur Rasul dan jemputan khas pengacara majlis oleh Amin Idris.

“Turut diserikan persembahan nasyid daripada kumpulan Inteam; penampilan istimewa pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selain qasidah dan alunan selawat dari kumpulan Mahabbah D’Itqan,” katanya di sini hari ini.

Sambutan Maulidur Rasul kali ini juga turut diadakan pertandingan khutbah, tapak jualan dan penampilan maskot animonsta, Boboi Boy untuk menarik pengunjung kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN