'Sah atau tidak akad nikah tertakluk hukum, peraturan sesebuah negeri'

‘Sah atau tidak akad nikah tertakluk hukum, peraturan sesebuah negeri’

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sah atau tidak sesuatu akad nikah tertakluk kepada peraturan dan hukum ditetapkan pihak berkuasa agama di negeri berkenaan.

Itu jawapan diberikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mohktar ketika mengulas mengenai isu lafaz kabul ringkas oleh pelakon veteran, Sabri Yunus ketika akad nikah baru-baru ini.

Mohd Na’im berkata, hukum dan peraturan itu tertakluk kepada siapa yang berkuasa iaitu mufti yang dilantik.

“Di Wilayah Persekutuan adalah (kuasa melantik) Yang di-Pertuan Agong dan di negeri pula adalah Sultan bagi negeri-negeri.

“Dalam bab perkahwinan ini, kita lihat dari sudut hukum dan ia sudah dijelaskan dalam kaedah perkahwinan termasuklah di Perlis iaitu macam mana orang yang mengahwinkan dan orang yang menerima perkahwinan.

“Adakah mungkin cukup sekadar aku terima seperti yang ditawarkan kepadaku macam Inggeris kata ‘I do’,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Apresiasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini.

Mengulas isu berkenaan, Mohd Na’im berkata, pihak yang berkuasa untuk menentukan sama ada perkahwinan itu sah atau tidak ialah badan agama yang berkuasa di Perlis dan yang di luar (pihak lain) sekadar boleh memberikan pandangan sahaja.

Menurutnya, jika mahu tegakkan sesuatu hukum, ia mestilah berdasarkan mazhab dan peraturan itu juga ditetapkan oleh pemerintah.

“Saya berharap isu ini dapat membantu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja patuh kepada hukum tetapi segala perkara yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang.

“Peraturan ini ditetapkan bukan sahaja-sahaja,” katanya yang mengesahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, katanya, beliau mengesahkan Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah jurunikah sah dan beliau diberi tauliah wali hakim oleh Sultan.

“Saya percaya Mufti Perlis bertauliah, kalau tidak takkan dia nak nikahkan orang. Itu disebut tauliah wali hakim untuk menikahkan mana-mana pasangan yang tidak ada wali,” katanya.

Sebelum ini, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya kerana hanya menyebut ‘aku terima’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya