RUU kawalan Produk Merokok dibentang bacaan kali kedua 10 Oktober

RUU kawalan Produk Merokok dibentang bacaan kali kedua 10 Oktober

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan Rang UndangUndang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 untuk bacaan kedua di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia adalah susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri semalam sebagai satu bentuk komitmen berterusan KKM dan kerajaan dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat dilindungi daripada bahaya produk merokok.

Kata beliau, RUU ini dibentangkan bacaan pertama pada 12 Jun lalu dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan dengan penelitian dibuat oleh ahli-ahli JKPK bagi memantapkan RUU ini supaya ia dapat dibincangkan, diteliti dan disokong oleh kesemua pihak (bipartisan).

“Pihak JKPK mengadakan beberapa siri mesyuarat dan sesi libat urus bersama semua pihak-pihak berkepentingan termasuklah KKM.

“Terdapat beberapa syor yang dikemukakan JKPK dan KKM menerima baik semua syor-syor yang dicadangkan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaliha pada masa sama menyeru seluruh lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli Parlimen, individu, ibu bapa, guru dan tokoh-tokoh masyarakat bersama-sama memainkan peranan dan menyokong usaha KKM dalam membentangkan RUU ini dengan menyuarakan sokongan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya