‘Runner’ mengaku tidak bersalah tawar rumah lelong tidak wujud - Utusan Malaysia

 ‘Runner’ mengaku tidak bersalah tawar rumah lelong tidak wujud

SEORANG ‘runner’ sebuah firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan memperdaya enam individu berkaitan pembelian rumah lelong membabitkan kerugian sebanyak RM126,000 antara Februari hingga Ogos lalu. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang ‘runner’ sebuah firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya enam individu berkaitan pembelian rumah lelong membabitkan kerugian sebanyak RM126,000 antara Februari hingga Ogos lalu.

Nazrin Nasir Khan, 29, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin.

Mengikut pertuduhan, Nazrin didakwa memperdaya enam individu untuk mempercayainya bagi mendapatkan rumah lelong.

Tindakannya itu mendorong kesemua mangsa memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya melibatkan nilai keseluruhan RM126,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar daerah Seberang Perai Utara antara 13 Februari sehingga 21 Ogos lalu.

Bagi keenam-enam pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, boleh dikenan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, tertuduh merayu jaminan rendah dikenakan atas alasan perlu menyara ibu empat adiknya.

Majistret Siti Zulaikha kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi keenam-enam pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan 20 Disember depan sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya