ROS batal 1,400 persatuan penduduk di Selangor - Utusan Malaysia

ROS batal 1,400 persatuan penduduk di Selangor

ROS persatuan
MENCIPTA versi terbaik diri bermula dengan mengubah minda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 1,400 pendaftaran persatuan penduduk di negeri ini dibatalkan sehingga September lalu selepas didapati melanggar peraturan ditetapkan seperti tidak menghantar penyata akaun tahunan serta kesalahan lain.

Menurut, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selangor, Nurul Azhar Husin, pembatalan tersebut menjadikan jumlah persatuan penduduk yang aktif di Selangor sekitar 2,700

“Kebanyakannya tidak menghantar penyata akaun tahunan persatuan kepada kami dan lain-lain sebab yang melibatkan pentadbiran persatuan. Setakat ini hanya 2,700 persatuan penduduk yang masih aktif di negeri ini setakat hari ini,” katanya kepada pemberita pada Program Memperkasa Tadbir Urus Keselamatan Komuniti JPPM Selangor Dan Penyampaian Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK).

Sementara itu, Pengarah ROS, Mohd. Nawardi Saad berkata, ROS sentiasa memastikan pematuhan terhadap urus tadbir yang baik menerusi pemantauan terhadap pertubuhan-pertubuhan berdaftar.

Jelasnya, pada tahun ini JPPM menyasarkan pemeriksaan terhadap 1,000 pertubuhan merangkumi kategori keagamaan, rekreasi, kebajikan dan sosial.

“Sehingga Ogos lalu, sebanyak 981 pertubuhan dibuat pemeriksaan dan 29.9 peratus pertubuhan didapati melanggar undang-undang tubuh atau perlembagaan pertubuhan masing-masing. 

Namun kesemuanya kita tidak batalkan, cuma kita diberi nasihat dan panduan untuk urus tadbir yang baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Nawardi turut memaklumkan sebanyak 1,016 daripada 1.635 permohonan GPPK diluluskan berdasarkan tarikh tutup pada 30 September lalu namun ia dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini.

“Bajet kesemua GPPK adalah sebanyak RM20 juta dan setakat ini RM10 juta diagihkan. Justeru kita ingin menguar-uarkan permohonan dilanjutkan hingga 31 Oktober berdasarkan baki RM10 juta geran berkenaan untuk tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya