RM1.9 juta baiki struktur SK Permatang To' Kandu musnah kebakaran - PM - Utusan Malaysia

RM1.9 juta baiki struktur SK Permatang To’ Kandu musnah kebakaran – PM

ANWAR Ibrahim ketika melawat SK Permatang To' Kandu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini yang terlibat dalam kebakaran kira-kira dua minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pusat memperuntukkan kira-kira RM1.9 juta bagi pembinaan semula struktur bangunan di Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu di sini, yang musnah dalam kebakaran, 22 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telahpun menyiapkan laporan awal struktur terjejas bagi menyegerakan kelulusan dana kecil untuk kerja-kerja kebersihan di lokasi terjejas.

Menurutnya, ini termasuk pemasangan penghadang atau tembok untuk keselamatan murid-murid sekolah berkenaan.

KEADAAN struktur bangunan SK Permatang To’ Kandu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang musnah dalam kebakaran kira-kira dua minggu lalu.

“Sebaik ini dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu, kita akan arahkan supaya ia disegerakan mengikut proses tender terhad.

“Jumlah awal dana belum dihitungkan tetapi sekitar RM1.9 juta. Saya kalau boleh, jika laporan siap minggu depan, kita akan terus buat dan boleh beroperasi semula secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika melawat sekolah itu petang tadi.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 6.02 petang itu, tiga daripada lima buah kelas yang terletak di tingkat tiga sekolah tersebut musnah 100 peratus sementara dua lagi kelas musnah hampir 40 peratus.

Difahamkan, daripada tiga kelas yang musnah itu, satu daripadanya merupakan sebuah makmal komputer. Bagaimanapun, ketika kejadian, tiada guru atau murid yang terlibat.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memerlukan tempoh dua minggu untuk menilai kerosakan akibat kebakaran membabitkan lima kelas di sekolah berkenaan.

Tambah Anwar, kerja-kerja pembinaan semula struktur terjejas tidak akan menganggu proses pembelajaran murid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya