RM1.28 juta nilai kompaun dikeluar cegah penyakit Demam Denggi

RM1.28 juta nilai kompaun dikeluar cegah penyakit Demam Denggi

SEMBURAN kabus fogging dilakukan di sebuah taman perumahan di Port Dickson yang bertujuan bagi mengawal penyakit denggi daripada merebak.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan sebanyak 2,566 kompaun bernilai RM1.28 juta bagi penguatkuasaan pencegahan dan kawalan penyakit Demam Denggi sepanjang bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tindakan itu dibuat melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan purata setiap kompaun dikenakan sebanyak RM500.

“Sejumlah 523 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa sama sebanyak 95 kes disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM161,650,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan penguatkuasaan turut dilaksanakan bagi menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 sepanjang tempoh sama.

Katanya, sejumlah 9,848 notis kesalahan dikeluarkan daripada 23,093 premis yang dilawati dengan sebanyak 4,753 kompaun dikenakan berjumlah RM1,168,050.

“Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pula, sebanyak 6,003 premis makanan diperiksa dengan 176 premis diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan,” katanya.

Muhammad Radzi memberitahu, tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil KKM dan orang ramai serta semua pihak diminta menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya