Risda sasar 533,000 hektar ladang getah terbiar laksana GPPG - Utusan Malaysia

Risda sasar 533,000 hektar ladang getah terbiar laksana GPPG

Risda
NOOR Azan Mohd. Noor (dua, kanan) meninjau gerai jualan produk tempatan pada Program Kempen GPPG dan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) Peringkat RISDA Selangor 2023, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan sebanyak 533,000 hektar ladang getah yang tidak terbiar di seluruh negara bagi mengaktifkan Kempen Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG).

Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran Risda, Noor Azan Mohd. Noor berkata, kempen tersebut diwujudkan sebagai pemangkin pengeluaran hasil getah untuk pekebun kecil getah dengan menawarkan pelbagai pakej bantuan.

“Untuk keluasan 533,000 hektar ladang tidak bertoreh tersebut ia bakal memanfaatkan seramai 221,859 pekebun kecil getah di seluruh negara. 

“Kita bermula dengan Program Tanam Semula Getah (PTSG) dengan nilai bantuan melebihi RM13,000 per hektar. Individu yang mempunyai tanah dengan keluasan bermula 0.1 hektar layak memohon,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Program Kempen GPPG dan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) Peringkat Risda Selangor 2023, hari ini.

Jelasnya, di Selangor kira-kira 40.15 peratus daripada 7,113 pekebun kecil iaitu 2,856 orang memiliki ladang getah tidak ditoreh di negeri ini. Iia meliputi 3,410 hektar daripada keseluruhan 8,942 hektar di negeri ini.

“Kesemua inisiatif tersebut penting dalam menarik minat pekebun kecil getah menyertai GPPG. Ia bagi memastikan sasaran pendapatan keluarga secara kolektif sebanyak RM4,500 bagi golongan pekebun kecil getah  menjelang akhir tahun 2025 mampu dicapai demi kesejahteraan komuniti terbabit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noor Azan memaklumkan melalui PTSG, pekebun kecil akan diberi bantuan input pertanian, pengangkutan, prasarana, khidmat nasihat dan lain-lain.

Menurutnya, selain PTSG, pakej bantuan peningkatan pendapatan melalui program keusahawanan dengan bantuan bermula RM3,000 hingga RM500,000 untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), pengembangan perniagaan, pemasaran dan pembangunan usahawan turut disediakan.

“Selain bantuan-bantuan tersebut, menerusi kempen GPPG tersebut pihak Risda turut memperkenalkan pakej bantuan Program Skim Getah Matang (SGM).

“Program SMG meliputi bantuan kepada pekebun kecil bermula RM7,700 di Semenanjung Malaysia dan RM8,400 di Sabah dan Sarawak merangkumi komponen bantuan Peringkat 1 sehingga 5 dengan bantuan SGM Tanam Semula Getah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya