Ribuan rakyat Perlis berkumpul nyatakan solidariti kepada Palestin - Utusan Malaysia

Ribuan rakyat Perlis berkumpul nyatakan solidariti kepada Palestin

LEBIH 1,000 umat Islam berkumpul pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Rakyat Palestin di pekarangan Masjid Alwi, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Laungan bebas Palestin bergema di pekarangan Masjid Alwi di sini dengan 1,000 umat Islam berkumpul di kawasan tersebut selepas solat Jumaat bagi menyatakan solidariti terhadap negara berkenaan pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Rakyat Palestin hari ini.

Orang ramai yang hadir turut mengibarkan bendera Palestin dalam himpunan aman anjuran Pas negeri yang bermula pada pukul 2.30 petang itu.

Pada himpunan berkenaan, beberapa pemimpin turut diberi peluang untuk berucap antaranya Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli; Ketua Pemuda Pas negeri, Haziq Asyraf Dun dan wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, para peserta himpunan termasuk tetamu jemputan turut memijak bendera Israel sebagai tanda membantah kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin selama ini.

LEBIH 1,000 umat Islam berkumpul
pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Rakyat Palestin di pekarangan Masjid Alwi, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Menurut Haziq, sambutan himpunan itu adalah amat menggalakkan daripada umat Islam negeri ini.

“Selain itu, terdapat juga peserta terdiri daripada rakyat dari negara luar yang bekerja di Perlis turut sama dalam himpunan ini bagi membantah tindakan rejim zionis tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Haziq berkata, Pemuda Pas negeri juga akan melaksanakan program susulan selepas ini khususnya melibatkan anak-anak di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

“Kita akan adakan program bagi menggalakkan anak-anak Pasti ini agar lebih cakna terhadap isu Palestin ini.

“Selain itu kita akan turut menganjurkan beberapa program lain yang berkaitan sebagai tanda solidariti ke atas penduduk di sana yang ditindas,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya