Ribuan rakyat Kedah berhimpun beri sokongan kepada Palestin

Ribuan rakyat Kedah berhimpun beri sokongan kepada Palestin

SEBAHAGIAN orang ramai yang memenuhi lokasi Perhimpunan Aman Solidariti Mempertahankan Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa di Dataran Zero, Sungai Petani. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kira-kira 5,000 orang menghadiri Perhimpunan Aman SolidaritI Mempertahankan Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa anjuran bersama 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang bertempat di Dataran Zero, di sini.

Perhimpunan selepas solat Jumaat itu dianjurkan sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap penindasan yang dilalui rakyat Palestin serta pencerobohan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.

Selain pemimpin NGO terlibat, turut hadir memberikan sokongan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Pengerusi Pas Relief; Ketua Muslimat Pas Kedah. Datuk Siti Ashah Ghazali dan Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Marzuki Yusuf.

Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Pembela Rakyat Palestin, Nasrun Othman berkata, kehadiran orang ramai ke himpunan itu memberi gambaran terhadap perjuangan menentang rejim Zionis sekali gus mengajak umat Islam membela nasib rakyat Palestin yang ditindas.

“Secara tidak langsung ia merupakan solidariti kesatuan umat Islam dan cakna dengan apa yang menimpa rakyat Palestin sekarang. Semangat yang ditunjukkan seperti laungan ‘jahanam Israel’ dan memijak bendera rejim Zionis itu membuktikan semangat jihad untuk membela rakyat Palestin,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pada himpunan itu, kutipan derma turut dilancarkan sebelum dihantar untuk membantu meringankan beban mangsa terlibat dalam keganasan itu.

Sementara itu, Muhammad Sanusi dalam ucapannya berharap, sokongan yang ditunjukkan dalam perhimpunan kali ini akan membolehkan rakyat Palestin bangun menentang penindasan.

“Melalui doa dan usaha berterusan umat Islam seluruh dunia membela rakyat Palestin kita yakin mereka akan memperolehi kemenangan dalam peperangan ini.

“Marilah kita bersatu hati tanpa mengira fahaman politik untuk bersolidariti bersama-sama demi kemanusiaan sejagat kerana yang terkesan adalah umat Islam yang saudara seagama kita,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya