Rasionalisasi subsidi: Perlu ada perlindungan jaminan sosial rakyat

Rasionalisasi subsidi: Perlu ada perlindungan jaminan sosial rakyat

ARMIZAN Mohd. Ali ketika melawat tapak pameran pada Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung di KPDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu memastikan wujudnya pengukuhan perlindungan jaminan sosial bagi golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sekiranya rasionalisasi subsidi dilaksanakan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, itu merupakan antara perkara yang diharap dapat dilaksanakan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Belanjawan 2024 termasuk mewujudkan inisiatif perlindungan jaminan makanan.

“Rasionalisasi subsidi perlu hadir bersama-sama dengan perlindungan sosial kepada rakyat kerana kita khuatir sekiranya tidak ditambah baik aspek tersebut maka selepas ini ia akan membebankan kos sara hidup,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini memberi jaminan tidak akan membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi ekoran sebarang langkah penyesuaian subsidi yang boleh membebankan mereka.

Sementara itu, katanya, KPDN turut berharap kerajaan dapat melaksanakan lonjakan dalam aspek meningkatkan keterjaminan makanan melalui penghasilan domestik.

Katanya, sebelum ini pendekatan negara lebih kepada mendapatkan bekalan import dari luar yang dianggap lebih murah berbanding menghasilkan barangan makanan tersebut di peringkat domestik.

Dalam pada itu, Armizan berkata, KPDN menyokong inisiatif yang julung kali dilaksanakan Persatuan Jualan Langsung (DSAM) dan Malaysian Direct Distribution Association (MDDA) untuk membenarkan pengedar berdaftar yang mempunyai Letter of Authorisation (LoA) sahaja memasarkan produk jualan langsung mereka di platform dalam talian.

Jelasnya, kerjasama itu bakal mewujudkan landskap perniagaan yang adil dan harmoni di samping dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk jualan langsung yang dipromosikan.

“Ia juga sebagai usaha untuk mengekalkan kualiti dan ketulenan produk yang menyumbang kepada ekosistem dalam talian yang lebih selamat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya