Raja Muda Perlis berkenan santuni warga POLYCC

Raja Muda Perlis berkenan santuni warga POLYCC

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bergambar kenangan pada Program Ramah Mesra Bersama Warga POLYCC di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Program Ramah Mesra Bersama Warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), di sini pagi ini.

Baginda turut mencemar duli untuk beramah mesra dengan rakyat melalui aktiviti kayuhan bersama warga POLYCC sejauh 15 kilometer (km) selain turut berhenti di beberapa hentian untuk mengagihkan sumbangan.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, objektif utama penganjuran majlis ini adalah merapatkan hubungan antara baginda bersama rakyat jelata menerusi pengisian program ramah mesra di setiap hentian terpilih.

Beliau berkata, baginda turut berkenan menyaksikan sesi penyampaian sumbangan 10 bakul makanan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid kepada barisan pengawal keselamatan Masjid Putra, Putrajaya.

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan mengayuh basikal ketika berangkat ke Program Ramah Mesra Bersama Warga POLYCC di Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

“Seterusnya, baginda kemudian meneruskan kayuhan ke Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK), Presint 8 bagi melihat aktiviti Kursus Pendek di bawah kelolaan Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL).

“Turut diadakan adalah penyerahan buku hasil sumbangan warga POLYCC kepada pihak PPK,” katanya selepas program itu hari ini.

Katanya, program kayuhan kemudian berakhir di Galeria PjH, Presint 4, di sini sebelum baginda dipersembahkan sesi taklimat pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Program itu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Perbadanan Putrajaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), PTPTN serta Education Malaysia Global Services (EMGS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya