Rahmah, madani tetapi wakil rakyat pembangkang dinafikan peruntukan - Muslimat Pas - Utusan Malaysia

Rahmah, madani tetapi wakil rakyat pembangkang dinafikan peruntukan – Muslimat Pas

Madani
NURIDAH Mohd. Salleh berucap dalam ucapan dasar pada Muktamar Dewan Muslimat Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan kerajaan menyekat peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dikatakan bertentangan dengan maksud sebenar madani yang menjadi gagasan yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh berkata, tindakan tersebut turut bertentangan dengan konsep rahmah yang turut dijadikan kempen oleh kerajaan.

Menurutnya, Anwar dilihat bergelut dengan dua jenama tersebut (madani dan rahmah) apabila tindakan beliau tidak mencerminkan penghayatan sirah dan roh dua jenama tersebut.

“Tindakan balas dendam menyekat peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti, menahan pemimpin PN (Perikatan Nasional) dan membekukan akaun mereka.

“(Kesemua hal ini) benar-benar berlawanan dengan agenda madani dan rahmah yang dicanang kerajaan PH (Pakatan Harapan),” katanya ketika berucap dalam ucapan dasar pada Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM), hari ini.

Beliau menambah, parti pemerintah ketika ini menilai semula amalan madani dan rahmah yang dicanang selama ini apabila gagasan itu dilihat sebagai sandiwara politik berbanding menyelesaikan isu rakyat.

“Sejak awal penubuhan kerajaan PH-BN (Barisan Nasional) selepas PRU-15 (Pilihan Raya Umum ke-15), rakyat tidak didedahkan dengan kesiap-siagaan dalam menghadapi perubahan-perubahan yang bakal berlaku dan persediaan yang perlu dibuat.

“Jangkaan berlakunya kekurangan bekalan dan kenaikan harga barnagan dan makanan asasi telah diramalkan oleh pakar sejak Julai tahun lepas, selain nilai mata wang ringgit semakin lemah Dolar Amerika Syarikat,” ujarnya.

Katanya lagi, Muslimat Pas memandang serius isu tekanan hidup akibat kenaikan harga barang yang tidak terkawal, yang mengakibatkan peningkatan kos sara hidup dan kadar kemiskinan.

Oleh demikian, tindakan holistik berpandukan syariat Islam yang merangkumi keupayaan dan kelangsungan negara dalam menghasilkan sumber makanan dan barangan asasi harus segera dilaksanakan bagi mengatasi isu terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya