Rafizi stabil selepas alami serangan jantung - Utusan Malaysia

Rafizi stabil selepas alami serangan jantung

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan semakin sihat selepas dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung beberapa hari lalu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

“Alhamdulillah saya pun sudah dapat berita kelmarin bahawa beliau semakin sihat. InsyaAllah kita haraplah dalam masa terdekat beliau akan kembali melaksanakan tugasnya. Doakan yang terbaik,” katanya.

Menteri itu berkata demikian semasa sidang akhbar pada majlis Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Difahamkan, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur selepas mengalami serangan jantung dan sedang berada di bawah pemerhatian doktor setelah menjalani prosedur pembedahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya