Ragbi Piala Agong: Putrajaya jumpa PDRM di final

Ragbi Piala Agong: Putrajaya jumpa PDRM di final

ANTARA aksi menarik perlawanan di antara PDRM (jersi gelap) dan Sabah pada separuh akhir Ragbi Piala Agong di Stadium Ragbi Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Putrajaya akan bertemu PDRM dalam final ragbi Piala Agong Edisi ke-39 di Stadium Ragbi Perak di sini pada Sabtu ini.

Putrajaya mara ke final selepas mengetepikan Kuala Lumpur 25-15 dalam aksi separuh akhir petang tadi.

Kuala Lumpur mendahului 3-0 tetapi Putrajaya kemudian menguasai perlawanan untuk mendahului 14-3 pada separuh pertama.

Walaupun Kuala Lumpur cuba bangkit pada separuh kedua tetapi ternyata tidak mencukupi untuk menyekat kemaraan Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, PDRM bangkit untuk menewaskan Sabah 27-17 .

Ketinggalan 7-14 pada separuh pertama, Sang Saka Biru bangkit pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan 17-17 sebelum menambah 10 mata melalui dua try dalam baki tiga minit akhir.

Dalam perlawanan sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan bertarung hebat untuk mengatasi satu sama lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya