Putera Mateen berkahwin Januari tahun hadapan

Putera Mateen berkahwin Januari tahun hadapan

ABDUL Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Dayang Anisha Rosnah Adam pada Januari tahun hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Putera kepada Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Dayang Anisha Rosnah Adam pada Januari tahun hadapan.

Sebuah portal berita, RTB Brunei berkata, bakal isteri kepada Putera Mateen merupakan cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja tersebut akan berlangsung selama 10 hari iaitu bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari dan diikuti dengan majlis akad nikah yang berlangsung pada 11 Januari tahun 2024.

Istiadat perkahwinan selama 10 hari tersebut adalah merupakan majlis bersanding pengantin diraja yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari dan majlis resepsi pada 15 Januari depan.

Pasangan diraja tersebut dikhabarkan akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan selepas ini.

Putera Mateen merupakan anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya