Pulihara artifak kapal karam guna nuklear

Pulihara artifak kapal karam guna nuklear

ZAIDI Attan berucap pada majlis makan malam sempena kursus latihan teknik nuklear untuk pemuliharaan artifak dari kapal karam di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Implementasi teknik nuklear dalam kaedah penerokaan, pencirian serta pemuliharaan artifak sejarah terutama dari kapal karam membolehkan penyelidikan lebih mendalam dilakukan terhadap sebarang penemuan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, sebagai negeri bersejarah, kajian dan pemuliharaan artifak dari kapal karam adalah aspek penting dalam memahami warisan sejarah dan budaya.

Jelasnya, penggunaan teknik yang tepat dalam mengendalikan sesuatu artifak berharga amat penting bagi menjamin kelestariannya untuk tatapan generasi akan datang.

“Penganjuran kursus dengan memfokuskan penggunaan teknik nuklear dalam pemuliharaan artifak yang diperoleh dari kapal yang karam adalah platform terbaik dalam berkongsi pengetahuan.

“Ini adalah satu lagi pencapaian besar apabila dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan penggunaan teknik nuklear dalam penerokaan, pencirian serta pemuliharaan artifak yang pulih dari kapal karam.

“Kajian dan pemuliharaan artifak daripada kapal yang karam adalah aspek penting dalam memahami warisan sejarah budaya kita. Malah menerusi penggunaan teknik nuklear, kita dapat menyelidik dengan lebih mendalam tentang penemuan sejarah, sekali gus dapat memastikan pemuliharaan yang betul untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena kursus latihan teknik nuklear untuk pemuliharaan artifak dari kapal karam di Bangunan Stadthuys di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Zaidi yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) memaklumkan, usaha menjejak peninggalan sejarah berkaitan Melaka yang tersebar di serata dunia akan diperhebatkan menerusi kerjasama negara-negara lain.

Katanya, ia mampu memperbanyakkan lagi penemuan baharu yang nyata dan turut membabitkan aspek budaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya