Propa ke Aina Abdul? - Utusan Malaysia

Propa ke Aina Abdul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAR, jangan hentam dulu. Poklip bukan apa, ada perasaan risau dengan peminat-peminat tegar penyanyi seorang ini. Mereka punya ‘perjuangan’ di media sosial, mempertahan penyanyi kesayangan bukan calang-calang ya.

Baguslah bila peminat Aina Abdul sentiasa ada untuknya. Setiap kali ada isu melibatkan penyanyi Sumpah itu, laju sahaja mereka berhujah di media sosial. Tetapi jangan menghentam membuta tuli ya.

Ada yang menegur untuk kebaikan, bukan menjatuhkan. Mana yang baik, sematkan dalam ingatan. Mana yang kasar, anggap itu satu ujian. Semua pun tahu kan, perjalanan Aina sebelum ini cukup sukar.

Tetapi ini kisah lain sebenarnya. Baru-baru ini, ada rakan Poklip yang macam cacing kepanasan apabila membaca kenyataan Aina yang dia sekarang masih belum berpunya. Mahu fokus kerjaya dahulu.

Poklip pelik juga. Aina yang single, kenapa dia yang panas? Rupanya dia mendakwa, Aina kaki propa. Penyanyi Sumpah itu dikatakan sudah mempunyai teman lelaki. Sentiasa ada bersama, bergerak seiring.

Dakwa rakan Poklip itu, teman lelaki Aina sebenarnya bertugas sebagai salah seorang kru penyanyi itu. Di mana ada Aina, di situlah ada teman lelakinya. Lantas baginya, Aina tak patut ‘tipu’ peminat.

Sebenarnya, Poklip tidak terkejut pun kalau betul hati Aina sudah dimiliki. Biasalah anak muda, mahu juga merasa cinta. Kalau betul dia menipu sekali pun, Poklip fikir begitulah resmi hidup sebagai anak seni.

Jarang sangat seorang artis itu secara terbuka mengaku bercinta. Sebelum dedah pun, mesti ada drama ‘mengenali hati budi’. Dah faham sangat permainan itu. Rapat bukan main, tup tup eh kami kawan sahaja.

Jadi biarlah Aina dan ‘saya masih solo’ itu. Lagipun dia bukan isteri orang. Lelaki itu pun dengar khabarnya juga bukan suami orang. Tak timbul apa-apa isu atau masalah yang boleh menggegar dunia hiburan.

Usia Aina pun hanya selangkah menuju ke 30, maka tidak salah kalau dia memikirkan soal jodoh. Cuma Poklip hairan juga, kenapa kena sorok kalau bercinta? Takut peminat lari ke? Takut tak popular ke? Ada yang boleh jawabkan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya