Projek tebatan banjir sebanyak RM22 bilion

Projek tebatan banjir sebanyak RM22 bilion

KERAJAAN menyediakan peruntukan besar bagi membangunkan projek tebatan banjir.GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM 22 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 bagi membiayai projek tebatan banjir di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 33 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi akan dilaksanakan tahun depan dengan kos sebanyak RM11.8 bilion.

“Projek ini amat mustahak bagi menjamin kemaslahatan rakyat dan membendung lebih banyak kehilangan nyawa dan kerugian harta benda” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani hari ini.

Antara projek yang terlibat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Lembangan Sungai Pahang (Pahang), Sungai Langat Fasa 2 (Selangor); Sungai Jelai, Kuala Pilah (Negeri Sembilan); Sungai Likas,Kota Kinabalu (Sabah), Kuching Fasa 2 (Sarawak); , Baling Fasa 2 (Kedah) dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2.

Dalam pada itu, surat setuju terima (SST) bagi 24 projek dijangka dikeluarkan bermula bulan ini yang melibatkan kos keseluruhan bernilai RM5.1 bilion  dan bakinya dikeluarkan pada suku tahun pertama 2024.

Oleh itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku agensi utama bagi persiapan banjir diperuntukkan sebanyak RM300 juta. 

Menurutnya lagi, NADMA akan mempertingkatkan tahap kemudhan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menjamin kebajikan dan keselesaan mangsa. 

Ia termasuk penyediaan sembilan Pusat Pemindahan Kekal, membaik pulih tandas, bilik mandi dan stor di 1,500 PPS, serta tandas-tandas bergerak. 

“Kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan sekiranya diperlukan bagi memastikan pengurusan musibah bencana dalam tahap yang baik” katanya.  –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya