——————-MUKADIMAH——————————————————————————————
Kedudukan Malaysia antara 17 buah negara yang paling kaya dengan biodiversiti atau dikenali sebagai wilayah biodiversiti mega (megadiverse) menjadikan Persidangan Kepelbagaian Biologi yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberi signikan jelas kenapa program seumpama ini wajar diadakan dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan sumber asli yang dimiliki.
Ini kerana Malaysia memiliki khazanah alam yang tidak terhitung nilainya yang memberi manfaat dalam pelbagai bidang khususnya penyelidikan saintifik dan kelangsungan hidup manusia.
Persidangan ini menjadi harapan kepada khususnya pencinta alam sekitar dan saintis penyelidik supaya satu deklarasi ataui akta dihasilkan yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memulihara kepelbagaian biologi.
Penglibatan ramai pembentang daripada pelbagai kepakaran sama ada daripada pegawai agensi kementerian dan tokoh alam sekitar pastinya memberiiipnut menarik sekiranya akta kepelbagaianan biologi akan diwujudkan.
Persidangan ini merupakan julung kali diadakan dan penganjuran persidangan ini merupakan titik tolak inisiatif Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam pengurusan kepelbagaian biologi negara dengan lebih menyeluruh selari dengan penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia kelak
Sempena persidangan tersebut Utusan Online menyediakan laporan khas mini sebagai menyokong persidangan yang amat penting ini.
———————————————————————————————————————–
Program penghijauan dan pemuliharaan alam perlu diperhebatkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai perlu pokok dan hutan
Pada masa kini, Yayasan Hijau merupakan agensi yang telah mendapatkan sumbangan daripada pihak syarikat swasta dan dan individu dalam program-program berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi khususnya di dalam program Penghijauan Malaysia.
Program Penanaman 100 juta pokok sebagai contoh masih dipergiatkan lagi di dalam usaha mendapatkan pelbagai sumbangan kerana program ini masih berlangsung sehingga tahun 2025.
Aktivis alam sekitar Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meora Razak Meor Abdul Rahman berkata, sekiranya tidak ada usaha pemuliharaan sekitar, sudah tentu akan memberi impak kepada kehidupan manusia serta segala kehidupan di muka bumi ini.
“Biodiversiti pula perlu dipuliharan supaya dapat menseimbangkan dan mengawal antara eksploitasi dan pembangunan sumber alam secara mampan, ujarnya.
Kalau kita tidak memelihara alam sekitar, sudah tentu akan memberi impak kepada kehidupan manusia serta segala kehidupan di muka bumi ini manakala, kepentingan memelihara biodiversiti pula ialah supaya dapat menseimbangkan dan mengawal diantara eksploitasi dan pembangunan sumber alam secara mampan
‘Kegagalan’ kita memelihara biodiversiti boleh menyebabkan pelbagai impak seperti pemanasan global, kepupusan dan kekurangan sumber marin, menjejas hasil tanaman pertanian, konflik diantara manusia dengan hidupan liar, kepupusan spesies hidupan liar dan berbagai impak lagi
Info
Objektif penganjuran Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2023 untuk:
(a) membincang dan mengatur perancangan dan pengurusan kepelbagaian biologi negara bersama pemegang taruh;
(b) berkongsi maklumat terkini mengenai pengurusan kepelbagaian biologi yang dirundingkan di peringkat global;
(c) mengetengahkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan kepelbagaian biologi negara;
(d) memperkasa rangkaian kerjasama di kalangan pentadbir dan penyelidik bidang kepelbagaian biologi; dan
(e) meningkatkan kesedaran orang awam berkaitan kepentingan kepelbagaian biologi kepada pembangunan sosioekonomi.
Fokus kepada tiga (3) bidang skop yang utama iaitu :
(a) Sesi Pemukiman Pelaksanaan Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah Sesi ini membincangkan mengenai isu, cabaran dan way forward terhadap pelaksanaan Akta 795 khususnya di dalam pelaksanaan dan penambahbaikan pangkalan data Access and Benefit-Sharing Clearing House (MyABS-Malaysia) di negeri-negeri.
(b) Sesi Pengurusan dan Pemuliharaan Ekosistem Hutan Paya Gambut Sesi ini akan membincangkan tatacara memperkukuhkan polisi kebangsaan dan kapasiti institusi dalam melaksanakan strategi dan perancangan berkaitan tanah gambut dan memperkasakan pengurusan tanah gambut secara bersepadu yang kini sedang dilaksanakan menerusi Projek Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (SMPEM).
(c) Sesi Perhutanan Sosial Sesi bagi meningkatkan kerjasama, kefahaman dan kesedaran awam berkenaan pelaksanaan projek/aktiviti perhutanan sosial ke arah pembangunan sosio ekonomi komuniti setempat dan negara.