Program MEKAR diperluas kepada penggunaan van bergerak

Program MEKAR diperluas kepada penggunaan van bergerak -Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL menyaksikan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya hari ini. -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inisiatif Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang dicetuskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini diperluaskan lagi dengan menggunakan kemudahan van bergerak berbanding bas sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan menyediakan 11 van MEKAR bagi tahun ini bagi kemudahan rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata, kemudahan itu akan menampung pelbagai perkhidmatan JPN termasuk pendaftaran MyKad, sijil kelahiran dan kematian selain 212 pejabat pendaftaran di seluruh negara.

“Hari ini kita lancarkan van bergerak MEKAR pertama daripada keseluruhan 11 buah van yang akan digerakkan untuk tahun ini.

“Saya juga meminta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk meneliti keperluan bagi menambah kemudahan itu tahun depan memandangkan ia mendapat sambutan menggalakkan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Intan JPN, di sini hari ini.

Katanya, program MEKAR sangat popular bagi rakyat di luar bandar dan pedalaman kerana ia menawarkan perkhidmatan seperti pendaftaran kelahiran, kematian dan kad pengenalan serta khidmat nasihat.

Program MEKAR diperkenalkan untuk menangani isu keciciran pemilikan dokumen pengenalan diri dan ia memudahkan urusan pendaftaran kepada golongan yang tiada keupayaan untuk hadir ke pejabat JPN.

Program ini memberi manfaat kepada kumpulan sasar di mana bagi tempoh Januari 2023 hingga 15 Oktober 2023, sebanyak 1,506 program telah dilaksanakan di seluruh negara dan 40,000 permohonan sudah diterima.

Terdahulu, pada program sama, Saifuddin turut melancarkan syiling peringatan 75 Tahun JPN iaitu dalam bentuk perak sterling dan emas Nordic. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya