Produk kesihatan bukan kawalan boleh jual di kiosk layan diri PPR

Parlimen: Hanya produk kesihatan bukan kawalan boleh dijual di kiosk layan diri PPR

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan hanya produk kesihatan yang tidak dikategori sebagai ubat terkawal dibenarkan dijual melalui kiosk mesin layan diri yang dicadangkan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, produk kesihatan itu merangkumi produk belian di kaunter, suplemen kesihatan dan produk tradisional yang berdaftar.

“Produk kesihatan selain ubat terkawal ini boleh dijual di premis farmasi komuniti atau mana-mana premis perniagaan, dijual secara dalam talian atau melalui mesin layan diri.

“Pengguna boleh mendapatkan produk kesihatan tanpa perlu mendapatkan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berlesen terlebih dahulu,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid [PN-Kuala Kangsar] mengenai kajian kebolehlaksanaan dan garis panduan yang dibangunkan KKM bagi mengelakkan risiko kes keracunan akibat penjualan ubat tanpa kawalan, susulan cadangan mewujudkan kiosk mesin layan diri perubatan di PPR.

Dr. Zaliha berkata, untuk ubat-ubat terkawal di bawah Akta Racun 1952 yang tinggi risiko dan memerlukan penilaian keperluan rawatan yang dikategorikan sebagai ubat terkawal, ia tidak dibenarkan dijual melalui mesin layan diri.

“Ubat dalam kategori ini hanya dibenar dibekalkan kepada pesakit oleh pengamal perubatan berdaftar dan ahli farmasi berlesen atau berdaftar sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah (PBKD) melalui mesin layan diri adalah melanggar sub peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan ia kesalahan di bawah subperaturan 30(1) peraturan yang sama.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah subseksyen 12(1) atau 12(2) Akta Jualan Dadah 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya