PRK Pelangai: BN, PN dakwa menang jika peratusan keluar

PRK Pelangai: BN, PN dakwa menang jika peratusan keluar mengundi tinggi

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mendakwa yakin memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai jika peratusan keluar mengundi tinggi dengan mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus.

Walaupun ada pihak mendakwa jumlah keluar mengundi rendah bakal menguntungkan salah satu parti bertanding, namun, keadaan ini amat membimbangkan jika rendah di bawah 50 peratus.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, BN bukan sahaja mampu mempertahankan Pelangai sebaliknya boleh meraih majoriti besar jika peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus.

“Apa berlaku di Simpang Jeram, peratusan keluar mengundi meningkat daripada 53 peratus ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tetapi ketika PRK, meningkat 60 peratus sekali gus menyebabkan kemenangan besar calon Pakatan Harapan (PH) dengan bertambah majoriti daripada 2,000 kepada 3,000 undi.

“Saya berharap Pelangai kekal 70 peratus atau meningkat jika mahu kekal majoriti undi kemenangan. Kita khuatir orang ramai ambil mudah PRK dan tidak keluar mengundi sekali gus menyebabkan majoriti merosot,” katanya ketika ditemui dalam Program Sembang Santai Perpaduan di Kampung Hayat, di sini semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), peratusan keluar mengundi adalah 70 peratus sekali gus menyaksikan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun daripada BN menang dan meraih 7,308 undi manakala calon PN, Kasim Samat memperoleh 3,260 undi manakala calon PH, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,032 undi).

PRK DUN Pelangai yang menyaksikan tiga penjuru antara BN, PN dan Bebas terpaksa diadakan ekoran kematian Johari dalam insiden pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Dalam pada itu, Kasim pula mendakwa PN boleh merampas kerusi itu daripada BN jika peratusan keluar mengundi meningkat di samping pengundi memangkahnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, PN menyasarkan peratusan keluar mengundi sekurang-kurangnya 65 peratus pada hari pengundian Sabtu ini.

“Kita mengenal pasti 2,000 pengundi yang tinggal di luar Pelangai. Kita dah hubungi mereka melalui telefon dan media, Alhamdulillah maklum balas sangat baik.

“Insya-Allah, bukan sahaja pengundi Pelangai yang tinggal di sini, tapi mereka yang berhijrah dapat mengundi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya