KEMAMAN: Pas Kemaman yakin penyandang kerusi Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid akan dikekalkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada 2 Disember ini. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kemaman, Hanafiah Mat berkata, Che Alias masih layak bertanding meskipun kemenangannnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya, sebelum ini. Ketika ditanya sekiranya beliau sendiri dicalonkan pada PRK tersebut, Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar berkata, beliau bersedia menarik diri untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya