PRK Kemaman: Bomba bersedia hadapi banjir tempoh kempen - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Bomba bersedia hadapi banjir tempoh kempen

ABDUL Wahab Mat Yasin (dua dari kiri) menyampaikan sijil APC kepada salah seorang pegawai JBPM Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir ketika tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pihaknya akan membantu sekiranya terdapat keperluan penggunaan aset bagi tujuan pengurusan peti undi atau membawa pengundi ke pusat mengundi dalam keadaan banjir.

Menurutnya, sebanyak 36 lokasi berisiko banjir telah dikenal pasti di Kemaman dan pihaknya sentiasa memantau maklumat semasa dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

“JBPM akan memberi tumpuan di kawasan terlibat sekiranya terdapat permintaan aset darat, udara atau marin sepanjang tempoh pilihan raya.

“Begitupun, belum ada perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu tersebut setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat JBPM Terengganu, di sini, hari ini.

Abdul Wahab berkata, seramai 1,070 pegawai dan anggota termasuk daripada pasukan bomba sukarela berada dalam kesiapsiagaan terbaik untuk menghadapi monsun Timur Laut (MTL) sewaktu tempoh PRK Kemaman.

Tegas beliau, keutamaan sepanjang MTL bermula bulan depan sehingga Mac tahun depan tetap diberikan terhadap keselamatan orang ramai.

Dalam perkembangan sama, Abdul Wahab berkata, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang akan menjadi pengkalan hadapan JBPM menghadapi MTL di Pantai Timur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya