PRK Dun Jepak: Calon GPS bekas Pengarah AADK Sarawak

PRK Dun Jepak: Calon GPS bekas Pengarah AADK Sarawak

ABANG Johari Tun Openg (dua kiri) dan Iskandar Turkee - calon GPS (tengah) di Majlis Pengumuman calon GPS bagi PRK DUN Jepak di Hotel Margherita Plaza, Bintulu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencalonkan Iskandar Turkee daripada parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan calon tersebut selepas beberapa saringan dibuat bersama pihak penguat kuasa yang melibatkan agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

“Beliau bukan orang lain di Jepak lagi, lahir di sini dan mempunyai pengalaman. 

“Kita juga meneliti orang yang boleh menyambung tugas mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). 

“Malah, saringan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan beliau memiliki rekod yang baik,” katanya pada Majlis Pengumuman calon GPS bagi PRK DUN Jepak di Hotel Magherita Plaza di sini, hari ini. 

Dedah Presiden PBB itu, calon tersebut juga merupakan salah seorang bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berusia 54 tahun. 

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak, Sarawak pada 4 November ini.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon pula pada 21 Oktober manakala undi awal ditetapkan pada 31 Oktober 2023 dengan sejumlah 22,804 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2 juta.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya.

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya