PRK DUN Jepak: 624 pegawai, anggota polis Sarawak ditugaskan

PRK DUN Jepak: 624 pegawai, anggota polis Sarawak ditugaskan dalam 5 fasa penugasan

MOHD Azman Ahmad Sapri (dua dari kiri) bercakap dalam sidang akhbar berhubung PRK Dun Jepak, di Kuching hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seramai 624 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak,

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga 3 Nvember ini.

“Sebanyak 14 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 45 tempat saluran dan satu pusat mengundi awal yang mengandungi satu tempat saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 15 buah dengan 46 tempat saluran,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Sehubungan itu katanya Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Dun Jepak, adalah daftar pemilih terkini sehingga daftar pemilih tambahan bulan Jun 2023 yang dikemas kini hingga 15 September lalu.

“DPPR ini mengandungi seramai 22,804 orang pemilih yang terdiri daripada 22,761 orang pengundi biasa dan 43 orang anggota polis.

“Bagi menentukan proses PRK Dun jepak dapat diadakan secara aman dan lancar, polis Sarawak telah mengatur penugasan secara terperinci meliputi fasa-fasa penugasan  iaitu Fasa I: Persediaan Sebelum Operasi ; Fasa Ii – Hari Penamaan Calon); Fasa Iii ,Tempoh Berkempen); Fasa Iv  Hari Mengundi dan Penjumlahan Rasmi Undi) dan Fasa V – Pasca Pilihan Raya,’ ujarnya.

Selain itu, PDRM juga bertegas mengingatkan semua pengundi dan penyokong parti politik agar mengundi secara berdisiplin serta tidak mencetuskan sebarang provokasi semasa tempoh berkempen dan semasa hari pengundian.

Malah, parti-parti politik hendaklah mengamalkan proses politik yang berintegriti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya