Prestasi ringgit lebih baik, yen Jepun lagi parah - PM

Parlimen: Prestasi ringgit lebih baik, yen Jepun lagi parah  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengakui berlaku penyusutan nilai ringgit Malaysia sebanyak -6.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), namun ia tidak separah penyusutan mata wang yen Jepun yang mencatat 10.8 peratus.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyusutan itu setakat 6 Oktober lalu namun ringgit masih mencatat prestasi lebih baik berbanding negara jiran seperti bath Thailand dan yen Jepun, manakala won Korea lebih kurang sama dengan ringgit.

Katanya, prestasi mata wang ringgit yang mengalami penyusutan sebahagian besar didorong faktor luaran seperti pengukuhan mendadak dolar AS, kadar faedah AS lebih tinggi, serta keadaan ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan.

Selain itu, faktor yang sama juga turut menyebabkan penyusutan kebanyakan nilai mata wang dunia.

“Nilai ringgit ini tidak bergantung kepada fundamental ekonomi negara terutama ketika unjuran inflasi dan kadar pengangguran negara juga turun.

“Ia hanya tindakan AS menaikkan kadar. Jadi kita hadapi masalah ini (dan) kemeruapan berlaku dan kerajaan akui beberapa langkah diambil Bank Negara dalam menetapkan eksport,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau terdahulu menjawab soalan Datuk Awang Hashim [PN-Pendang] sejauh mana keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai ringgit sehingga mencecah paras RM4.73 berbanding dolar AS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya