Polis serbu pusat hiburan bayar GRO guna ‘gelang lampu’ 

Polis serbu pusat hiburan bayar GRO guna ‘gelang lampu’ 

GELANG lampu yang dipakai pada gadis pelayan di sebuah premis hiburan di Jalan Kuchai Lama. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegiatan menawarkan gelang magnet mengikut warna sebagai tip kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) yang dipilih di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Maju 11, di sini, diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal pagi tadi.

Operasi Pintas Pusat Hiburan dan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman dijalankan bersama Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dengan  kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)

Difahamkan, warna lampu pada gelang ialah harga yang diberi kepada GRO oleh pelanggan serendah RM100 untuk layanan minum dan karaoke.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, seramai 23 wanita warga asing disyaki GRO terdiri dua Indonesia dan Thailand (21 orang) telah ditahan.

“Turut ditahan seorang wanita tempatan dipercayai berperanan sebagai ‘mummy’ selain dua lelaki tempatan dan tiga lelaki Bangladesh.

“Kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 52 tahun,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, premis merupakan pusat hiburan pub dan karaoke dan dipercayai telah beroperasi kira-kira dua bulan lalu.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya