Polis Pahang lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 juta

Polis Pahang lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 juta

YAHAYA Othman menunjukkan sebahagian daun ketum dan pelbagai jenis dadah bernilai 4,483,088.84 yang dikumpul pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang untuk dilupuskan. --UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM4,483,088.84.

Kesemua dadah pelbagai jenis itu adalah dalam tempoh 15 tahun iaitu antara 2008 hingga 2023.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, antara jenis dadah yang dilupuskan termasuk heroin seberat 707.55 gram, methamphetamine seberat 6,114.14 gram,  kanabis seberat 1,377.52 gran, ketamin seberat 36.14 gram, nimetazepam seberat 3.6 gram, yaba seberat 210.32 gram dan ekstasi seberat 8.03 gram.

Katanya, turut dilupuskan 5,853.04 liter air ketum, daun ketum seberat 393,090.71 gram, kodein sebanyak 1.28 liter, dan pil psikotropik seberat 4.80 gram.

“Terdapat juga lain-lain jenis dadah yang turut dilupuskan seperti Mannitol, Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan Erizolam masing-masingbsebanyaj 15.49 liter dan 6,501.81 gram.

“Kesemua dadah pelbagai jenis itu dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah berijutan prosiding mahkamah yang telah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit telah tamah,” katanya dalam satu sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Yahaya juga memberitahu, pelupusan terbabit akan dilaksanakan pada esok (Khamis) sekitar jam 12 tengah hari oleh kontraktor bertauliah dan profesional iaitu Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Yahaya berkata, sepanjang tempoh 1 Oktober sehingga 23 Oktober, Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang telah melaksanakan 970 tangkapan dengan 876 kes daripada 615 operasi yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. 

“Pihak JSJN Pahang akan mempelbagaikan usaha dan operasi dari semasa ke semasa untuk melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negeri Pahang.

“Pihak JSJN dan lain-lain pasukan dalam Kontinjen Pahang ini akan menggiatkan lagi tindakan dan operasi terutama di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bagi memastikan kegiatan dadah di negeri ini tidak bermaharajalela.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam JSJN Kontinjen Pahang kerana telah berjay menganjurkan majlis pelupusan barang kes narkotik bagi tahun ini,”ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya