Polis mohon bantuan kesan remaja hilang - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan remaja hilang

R. MANNIMEGALAI dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Cempaka, Ipoh sejak seminggu lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.

Kehilangan R. Mannimegalai itu disedari keluarga selepas dia tiada di rumahnya di Taman Cempaka dekat sini pada 8 Oktober lalu.

Difahamkan, kali terakhir Mannimegalai dilihat bapanya pada pukul 2.30 pagi semasa mereka menonton televisyen sebelum remaja itu ‘hilang’ ketika bapanya ke tandas.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat ibunya di Balai Polis Ampang Baru pada pukul 11.56 malam, hari sama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Anis Safira Roslan di talian 018-7865440.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya