PM cakap Tamil curi tumpuan dalam Belanjawan 2024

PM cakap Tamil curi tumpuan dalam Belanjawan 2024

ANWAR Ibrahim menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila bercakap Tamil ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan apabila menyampaikan ungkapan teks klasik Thirukkural dalam bahasa Tamil ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Perdana Menteri berkata, ungkapan itu merujuk kepada ayat “Iyatralum Eettalum Kaatthalum Kaattha Vaguthalum Vallathu Arasu”.

Ia mengundang reaksi pelbagai dan sorakan Ahli Parlimen terutama yang berwarga India.

“Ini (ungkapan) peringatan kepada pemerintah, kalau kita ada kuasa, mesti gunakan majukan khazanah dalam negara.

“Himpunkan kekayaan itu untuk melindungi supaya tidak diceroboh dan memberi manfaat kepada rakyat, demikian nasihat Thirukkural,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN