Pintas Utama teruskan komitmen santuni jemaah haji Malaysia

Pintas Utama teruskan komitmen santuni jemaah haji Malaysia

DATUK Dr. Mohd. Na'im Mokhtar (kanan) menyampaikan plak penghargaan kepada Ketua Pegawai Operasi Pintas Utama, Faris Hussein pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji & Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat kejuruteraan, Pintas Utama meneruskan komitmen menaja sumbangan set beg kepada para jemaah haji Malaysia sejak April lalu untuk kegunaan ribuan jemaah yang berdaftar di bawah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sepanjang Musim Haji 1444H/2023.

Tajaan beg berkenaan bertujuan memudahkan mobiliti para jemaah sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima tersebut.

Keselesaan para jemaah membawa barangan mereka juga diambil kira dengan pemberian beg kasut (drawstring bag) yang ringan dan bersaiz besar selain keseragaman warna beg. Ia bertujuan memudahkan pihak bertanggungjawab mengenali kelompok jemaah Malaysia.

Penajaan tersebut turut mendapat penghargaan TH di bawah Program Sahabat Korporat untuk diteruskan pada musim haji akan datang iaitu bermula pada tahun 2024 sehingga 2026.

Plak penghargaan atas sumbangan dan komitmen Pintas Utama disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Ketua Pegawai Operasi, Faris Hussein selaku wakil Pintas Utama sempena Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji & Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur hari ini.

Pintas Utama merupakan antara lebih 30 syarikat korporat yang menjadi rakan strategik TH dalam menyantuni golongan duyufurrahman (tetamu Allah).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya