Pink dedah hampir mati kerana dadah - Utusan Malaysia

Pink dedah hampir mati kerana dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyanyi antarabangsa, Pink mendedahkan dia hampir menjadi korban penyalahgunaan dadah ketika di usia remaja kerana ketagihan melampau,

Kongsi penyanyi Raise Your Glass itu, ketika di usia 16 tahun, dia melalui episod terhitam dalam hidupnya apabila dia sering terlibat dalam pelbagai masalah sosial.

“Ketika itu, saya banyak berparti dan mengambil bahan terlarang sehingga overdose. Mungkin di usia yang sangat muda, saya ‘menikmati’ keseronokan tanpa sedar itu boleh meragut nyawa dan kehidupan saya.

“Tetapi saya bersyukur kerana sedar bahawa dadah adalah punca kepada masalah kehidupan saya. Saya nekad untuk tidak mendekati bahan terlarang itu dan mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Saya tidak mahu mensia-siakan kehidupan ini. Cukuplah pengalaman lalu. Tidak mungkin saya akan ulangi semula,”ujarnya dalam satu sesi temubual dalam program 60 Minutes baru-baru ini.

Dedah Pink lagi, dia melalui kehidupan yang cukup perit apabila ibu bapanya sering bertengkar sehingga dia mula mencari arah hidup dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah antaranya menjual dadah.

“Bila kantoi, saya dihalau keluar rumah. Saya tidak bersekolah. Saya hidup seperti tiada hala tuju. Persekitaran rumah yang teruk juga menyebabkan saya jadi liar.

“Tetapi tawaran bergelar penyanyi menjadi titik tolak untuk saya mengubah gaya hidup,”ujarnya yang memulakan karier seni pada 2000 bersama LaFace Records.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya