Petugas kesihatan diminta lapor kes buli dalam sistem MyHelp

Petugas kesihatan diminta lapor kes buli dalam sistem MyHelp

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkaitan sekiranya terdapat insiden buli dalam kalangan warga kementerian itu.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihak KKM melaksanakan sistem MyHELP yang merupakan satu platform khas bagi melaporkan isu-isu buli yang berlaku.

Dalam hal itu, beliau menyeru semua petugas kesihatan untuk melaporkan aduan mereka melalui sistem aduan tersebut yang sememangnya telus dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi.

“Saya ingin menegaskan bahawa KKM amat prihatin terhadap kebajikan semua petugas kesihatan.

“Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang telah ditubuhkan sebelum ini sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak KKM.

“Ia dalam memastikan kesihatan mental dan kebajikan warga KKM sentiasa terpelihara agar insiden seperti buli dan sebagainya dapat ditangani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaliha mengulas berhubung tinjauan yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkenaan kes buli yang melibatkan pengamal perubatan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Beliau sekali lagi menegaskan sekali bahawa KKM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan isu buli dalam kalangan petugas kesihatan.

“(Saya) akan terus komited memastikan perkara seperti ini tidak berlaku di fasiliti kesihatan seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya