Petronas perkenal rangkaian 5G peribadi pertama Malaysia

Petronas perkenal rangkaian 5G peribadi pertama Malaysia

FADILLAH Yusof merasmikan Rangkaian 5G Komersial Pertama di Malaysia dan turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Naib Presiden Kanan Project Delivery & Technology Petronas, Datuk Bacho Pilong (dua dari kanan) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya Petronas melancarkan rangkaian 5G peribadi komersial yang pertama di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan itu akan memainkan peranan penting dalam menyokong Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) 2030.

Katanya, ia akan memperkasa industri untuk berinovasi, bersaing dan cemerlang pada skala global.

“Ia akan membolehkan komunikasi yang lancar, meningkatkan automasi dan memudahkan pertumbuhan industri, penting untuk kejayaan ekonomi kita.

“Pelaksanaan Rangkaian Persendirian 5G Petronas menjadi bukti komitmen kita untuk kekal di barisan hadapan kemajuan teknologi,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara hari ini.

Katanya, penglibatan Petronas bukan sahaja akan mengoptimumkan operasi dalamannya tetapi juga memangkin perubahan seluruh industri.

“Dalam usaha kita memanfaatkan teknologi untuk inovasi dan kemajuan masyarakat, Malaysia perlu terus komited kepada pelaburan dalam infrastruktur sambungan digital (digital connectivity).

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam kerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan mudah alih untuk menggunakan rangkaian 5G akan memupuk lebih banyak pembangunan di seluruh industri di negara ini.

Justeru Fadillah menyifatkan, rangkaian yang diperkenal Petronas akan menyediakan pentas untuk perkongsian dinamik antara kerajaan, sektor swasta dan warga akademik.

“Kerjasama ini akan mewujudkan persekitaran di mana inovasi berkembang pesat, membolehkan kita memanfaatkan keupayaan 5G, memupuk bakat tempatan, memastikan tenaga kerja kita memiliki kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk memacu masa depan digital.

“Rangkaian 5G Petronas ini bukan sekadar pencapaian untuk satu syarikat, ia adalah satu peristiwa penting untuk seluruh negara kita. Ia adalah bukti visi, keazaman, dan kesediaan kita untuk menerima masa depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya