Pesara tuntut kerajaan segera buat pelarasan pencen

Pesara tuntut kerajaan segera buat pelarasan pencen

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pesara penjawat awam di Kementerian Luar menuntut Kerajaan Malaysia untuk membuat penyelarasan semula kiraan pencen mengikut Seksyen 3 dan 6 Akta Pelarasan Pencen 1980 dalam tempoh 21 hari.

Penyelarasan semula kiraan itu rentetan daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang pindaan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang telah melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.

Aminah Ahmad yang turut mewakili 56 pesara lagi menghantar surat tuntutan tersebut kepada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan Pengarah Jabatan Pencen pada 6 Oktober lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam wanita itu, Datuk Baljit Singh Sidhu surat tuntutan itu dihantar selepas Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam gagal mematuhi perintah mahkamah.

“Kerajaan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan serta penghakiman Mahkamah Persekutuan dan tidak sepatutnya melengahkan pelaksanaan perintah mahkamah kerana ia satu ketidakadilan kepada para pesaran yang telah lanjut usia.

“Kerajaan tidak sepatutnya teragak-agak untuk menghargai perkhidmatan yang telah diberikan oleh pesara awam dalam menjalankan tugas mereka dan kebajikan mereka sepatutnya menjadi keutamaan dan mencapai keadilan sosial,”kata peguam itu.

Pada 13 Januari 2022, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Rayuan memutuskan demikian atas alasan pindaan tersebut telah melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, keadaan semasa sebelum pindaan Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 1980 akan terus diguna pakai.

Pada 27 Jun lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Antara alasan Mahkamah Persekutuan ialah pelarasan pencen tahunan sebanyak dua peratus secara `flat rate’ sejak Januari 2013 telah memberikan manfaat yang kurang kepada pesara kakitangan awam dan bertentangan dengan peruntukan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred tersebut. Bagaimanapun, pindaan 2013 diperkenalkan berdasarkan kadar rata (flat rate) dua peratus kenaikan tahunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN