Pes baharu Ayam Brand bantu generasi muda memasak cita rasa asli Malaysia

Pes baharu Ayam Brand bantu generasi muda memasak cita rasa asli Malaysia

Pes Kari Ayam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat pes baharu Ayam Brand yang diperkenalkan membolehkan generasi baharu memasak cita rasa asli tradisional Malaysia seperti kari ayam, sambal tumis udang,  asam pedas ikan dan rendang ayam yang boleh dimasak dalam 30 minit sahaja.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, dalam dunia moden yang semakin sibuk, ramai rakyat negara ini terutamanya generasi muda, menghadapi cabaran untuk memasak hidangan tradisional tersebut.

“Untuk mengatasi masalah ini, Ayam Brand membawa rasa hangat Malaysia ke dapur anda, menjadikan orang ramai lebih mudah menikmati rasa autentik yang membawa kenangan masa kecil mereka.

“Cara memasaknya mudah, anda hanya perlu mendapatkan Pes Ayam Brand™, sama ada Pes Kari Ayam, Pes Sambal Tumis, Pes Asam Pedas mahupun Pes Rendang Ayam Brand™. Pes-pes ini dijamin menyediakan keaslian rasa hidangan, di samping memenuhi selera ramai,” katanya.

Pes Asam Pedas

Menurutnya, Ayam Brand sentiasa komited membantu golongan milenium, Gen Z, dan Alfa yang mungkin tidak tahu bagaimana hendak menyediakan hidangan warisan itu.

Katanya, mereka hanya perlu mematuhi arahan pada pek pes tersebut dan sentiasa memantaunya di dapur. 

“Anda boleh menyediakan satu hidangan warisan yang enak untuk lima atau enam orang dengan hanya satu pek Pes Ayam Brand™ 180g yang ditambah dengan 500 hingga 600g protein pilihan. Paling menarik, sajian ini boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira 30 minit! 

“Pes kita juga bebas daripada bahan pengawet, Monosodium Glutamat (MSG), aditif, selain mempunyai pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan setiap pek dijual pada harga RM5,” katanya.

Pes Sambal Tumis

Bukan itu sahaja katanya, pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik sempena penganjuran kempen Bonanza Beli & Menang Ayam Brand yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober ini serta menawarkan ganjaran berjumlah RM100,000.

Hadiah-hadiah itu termasuk lima hadiah utama berupa jongkong emas seberat 20 gram, tujuh hadiah tempat kedua berupa 10 gram jongkong emas dan sembilan hadiah tempat ketiga iaitu 5 gram jongkong emas.

Teoh Wei Ling berkata, selain itu terdapat 40 hadiah saguhati berupa kredit Touch N Go (TNG) bernilai RM500 dan 180 hadiah mingguan bernilai RM100 kredit TNG turut disediakan kepada pelanggan bertuah.

“Anda hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM20 bagi produk Ayam Brand atau yumeat™ dalam satu resit di kedai-kedai di Semenanjung Malaysia yang mengambil bahagian,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan pes Ayam Brand di kedai-kedai runcit berhampiran, rangkaian AEON, AEONBiG, Econsave, Giant, Jaya Grocer, Lotus, Mydin dan Village Grocer.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman  www.ayambrand.com.my/peraduanbonanza atau layari www.ayambrand.com.my atau sertai https://www.facebook.com/ayambrandmalaysiaUTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya