Pertandingan Ratu Cantik untuk suri rumah

Pertandingan Ratu Cantik untuk suri rumah

PARA peserta akhir Mrs Malaysia Globe (MMG) merakam kenangan selepas menjayakan tiga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertandingan Ratu Cantik bagi wanita sudah berkahwin, Mrs. Malaysia Globe (MMG) tahun ini tampil dengan lebih berani, sofiskated dan glamor dengan penggabungan tradisi serta elemen moden.

MMG berkata, pasukan penganjur mengatur siri acara yang menarik yang untuk setiap finalis bagi membentuk diri mereka dan membantu memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Antaranya adalah latihan Kesedaran Kognitif yang menginspirasi oleh Chris Teo, finalis turut diberi nasihat dandanan diri dari Desmond Yoi dan menjalani bengkel catwalk yang diketuai oleh supermodel terkenal Malaysia, Amber Chia.

“Peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti lain seperti sesi tarian Bollywood yang direka khas untuk mengeratkan hubungan antara peserta serta bengkel penjenamaan peribadi. Untuk impak yang lebih mendalam dalam menangani isu keganasan rumah tangga, terdapat juga sesi latihan Muay Thai yang disesuaikan khusus untuk meneguhkan kepentingan pertahanan diri wanita.

“Peserta-peserta memulakan projek istimewa bersama kanak-kanak disleksia untuk mereka bentuk kemeja T unik yang memaparkan perkataan yang biasanya sukar dieja atau disebut oleh kanak-kanak disleksia, kemeja tersebut akan meraih perhatian apabila diperagakan dengan anggun oleh finalis dalam pusingan akhir. J

“Peserta juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sukan selam duyung (mermaiding) sebagai sebahagian daripada aktiviti pertandingan ratu cantik dalam mempromosikan kesihatan dan kecergasan.

“Peserta akan turut memperoleh pengalaman praktikal dalam menuai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menekankan kepentingan amalan lestari dalam kehidupan seharian kita,” katanya di dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, MMG berkata, bagi pusingan akhir yang diadakan pada 5 November ini di Mega Star Arena, Sungai Wang itu akan bertemakan ‘keanggunan hitam dan emas’.

“Dari persembahan muzik tradisional yang memukau hingga pakaian finalis yang mempesona, pusingan akhir pasti membuat penonton terhibur.

“Irama merdu sape, alat muzik tradisional Sarawak, akan mengiringi peragaan pakaian kebaya. Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan dua alat muzik tradisional Cina, guzheng dan erhu,” katanya.

Pertandingan tersebut turut menampilkan barisan juri panel antaranya ialah Amber Chia selaku ketua juri; Mrs. USA Global 2022, Jessica Jordann, guru fesyen, Gillian Hung yang banyak menyumbang kepada industri fesyen Malaysia dan Lucia Wong yang dinobatkan sebagai Mrs. Classique Globe 2023.

Tambahnya, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada ‘Volunteer with Love’ iaitu sebuah organisasi yang setia mencurahkan kasih sayang, sokongan dan bantuan kepada individu serta komuniti sejak tahun 2016.

“Tiket cepat habis! Hubungi 0123188928 untuk membuat tempahan. Teruskan mengikuti perkembangan kami di media sosial dan sertai kami dalam acara yang meraikan kecantikan, advokasi dan perubahan di MMG 2023,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya