Persaingan tiga penjuru di PRK Jepak

Persaingan tiga penjuru di PRK DUN Jepak

DARI kiri: CHIENG Lea Phing, Iskandar Turkee dan Stevensen Joseph Sumbang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Calon yang dipertandingkan dari parti masing-masing ialah Chieng Lea Phing (ASPIRASI), Iskandar Turkee (GPS) dan Stevensen Joseph Sumbang (PBK).

Ia diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey pada jam 10.33 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Zainudin turut memaklumkan telah menerima borang pencalonan dari parti GPS iaitu Iskandar pada jam 9.03 pagi, diikuti Lea Phing pada jam 9.09 pagi dan Joseph Sumbang pada jam 9:12 pagi.

Pada Rabu lalu, Pengerusi GPS yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan Iskandar mewakili PBB sebagai calon untuk blok politik GPS.

Dalam pada itu, Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof optimis menaruh keyakinan tinggi bahawa calon yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu akan mampu menang bergaya pada 4 November depan.

Malah, Fadillah komited GPS bukanlah gabungan yang hanya bekerja keras ketika ada sebarang pilihan raya, tetapi sentiasa berbakti kepada rakyat sepanjang masa dan yakin GPS akan terus diterima masyarakat tempatan di kawasan itu.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak, Sarawak pada 4 November ini, manakala 31 Oktober sebagai tarikh pengundian awal dengan sejumlah 22,804 pemilih terlibat.

Bagaimanapun semalam, Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey memaklumkan tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 31 Oktober ini berikutan seramai 43 pengundi awal yang berdaftar terdiri daripada anggota polis akan menggunakan sistem undi pos.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak 2021, Talib mengekalkan kerusi Jepak dengan 6,277 undi, menewaskan Rabaah Tudin dari parti PSB (2,034 undi), Stevenson dari PBK (587 undi), dan calon bebas, Tuah Kazan (141 undi).

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya