Pernah dicop sombong kerana tolak watak sama

Pernah dicop sombong kerana tolak watak sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELUM ditayangkan di pawagam,  filem Rain Town sudah merekodkan pencapaian membanggakan apabila menjadi satu-satunya filem tempatan yang terpilih mewakili negara ke sebuah festival  filem antarabangsa yang berlangsung di Fuzhou, China baru-baru ini. 

Antara yang paling gembira ialah salah seorang pelakonnya yang juga merupakan aktres bertaraf legenda, Susan Lankester, yang menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana diberi peluang untuk bersama-sama menjayakan  filem berbahasa kantonis itu. 

Pelakon berusia 61 tahun itu, ketika dihubungi ada mengulas sedikit tentang  filem arahan Tunku Mona Riza itu. Susan menyifatkan watak Aileen yang dilakonkannya dalam  filem tersebut sebagai antara yang paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan. 

“Skripnya bagus, saya tak pernah lakonkan watak seperti ini yang mencabar saya untuk bertutur sepenuhnya dalam bahasa Kantonis. Saya berdarah campuran Cina Inggeris, pernah didedahkan dengan bahasa tersebut tetapi ketika membesar keluarga banyak menggunakan Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah. 

“Tunku Mona, ketika menawarkan saya watak tersebut, meminta agar saya tidak terlalu risau dengan pengucapan dialog kerana pihak produksi telah melantik pelatih berpengalaman serta penasihat skrip untuk membimbing pelakon. 

“Apa yang menarik, latar belakang berbeza-beza setiap pelakon  filem ini mempengaruhi cara kami bertutur dalam bahasa tersebut. Contoh saya, yang kedengaran sedikit slanga Inggerisnya. Tapi masalah itu diatasi dengan kehadiran jurulatih dialek yang memantau pengucapan dialog kami ketika berlakon,” katanya. 

Rain Town juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Chew Kin Wah, Fabian Loo, Wilson Lee, Pauline Tan. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Februari 2024.

Berkongsi lanjut, Susan memaklumkan tidak berlengah selepas diminta pengarah untuk menjalani sesi uji watak untuk peranan Aileen, seorang wanita bergelar ibu dalam  filem tersebut. 

“Ini kali kedua saya bekerja dengan Tunku Mona selepas  filem Redha yang diterbitkan pada 2016. Sebaik diminta untuk uji watak, saya tidak ambil masa lama, terus hadir ke sesi tersebut. Pada saya, siapa sahaja, pelakon baru atau berpengalaman, kalau perlu uji bakat atau uji watak, jangan siakan. 

“Aileen mempunyai semua kualiti yang perlu ada dalam diri seorang ibu. Tetapi pengalaman hidup mengubah emosi yang ada dalam dirinya. Karakter ini saya kembangkan ketika latihan dan di set penggambaran,” jelasnya.

OTHMAN HAFSHAM, MEKANIK DAN SERANGKAP DIALOG 

Jika diselak sedikit demi sedikit sejarah penglibatan Susan dalam dunia lakonan tempatan, kita akan melihat turun naik yang dilalui anak kelahiran Johor Bahru ini sepanjang tempoh empat dekad dia bergelar penggiat seni. 

Bertitik tolak dengan watak Nina yang dilakonkan menerusi  filem Mekanik pada 1983, Susan Lankester pada hari ini terpahat sebagai nama yang cukup dikenali dalam dunia  filem dan drama tanah air. 

Bahkan, pelakon yang mesra disapa sebagai Sue ini sehingga hari ini sinonim dengan serangkap dialog yang berbunyi “Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?” yang disebutnya dalam  filem tersebut. 

Susan tidak pernah menjangkakan impak serangkap dialog mampu membawanya pergi lebih jauh sebagai pelakon. Tak henti dia melayangkan pujian kepada sutradara Othman Hafsham yang padanya, pemikir luar biasa yang banyak melihat kelebihan lakonan yang ada dalam dirinya. 

“Saya tak pernah ter kir dialog itu akan diperkatakan sehingga ke hari ini. Itulah kehebatan seorang yang bernama Othman Hafsham yang menjadi antara individu terawal yang mengenal pasti bakat lakonan yang ada dalam diri saya. 

“Jika diimbas kembali, sebelum ke layar perak, saya hanyalah seorang bintang iklan yang adalah sesekali terlibat dengan pementasan teater. Sehinggalah satu saat agensi pengurusan bakat saya ketika itu mencadangkan agar saya cuba bidang lakonan dan memperkenalkan saya kepada Othman. 

“Dalam pertemuan, banyak perkara yang kami borakkan sambil dia mengambil beberapa keping gambar saya ketika itu. Saya masih ingat antara pertanyaan yang dilayangkannya adalah sama ada saya mampu atau tidak bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Jawab saya, sikit-sikit. 

“Selang beberapa minggu, saya dimaklumkan terpilih untuk melakonkan watak Nina di dalam  filem tersebut. Karakternya nampak mudah tapi hakikatnya sukar. Saya cuba belajar dan memahami bahasa Melayu dengan tepat, banyak bertanya kepada kru penggambaran, lepak dengan mereka. Lama kelamaan, pengucapan bahasa Melayu saya bertambah baik,” jelasnya.

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN 

Sepanjang perbualan, Susan berkongsi tentang pengalaman manis sebagai anak seni. 

Antara yang paling indah baginya adalah ketika memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-11 menerusi  filem Femina. 

“Momen itu ibarat mimpi di siang hari, mujur rakan pelakon, Datuk Hans Isaac dan Deanna Yuso jerit nama saya untuk sedarkan yang bahawasanya saya tidak bermimpi. 

“Kemenangan itu adalah satu kejutan yang tak disangka-sangka, membuatkan saya teruja, berlari ke atas pentas sebaik nama saya diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut. Masih dapat saya dengarkan keriuhan stadium Larkin pada ketika itu,” kongsinya. 

Selain itu, kemenangan anugerah persembahan komedi terbaik menerusi drama keluarga Baha Don sempena Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA) di Singapura juga menjadi antara memori termanis sepanjang kerjayanya. 

“Kemenangan yang tidak disangka-sangka dan antara yang paling bermakna untuk saya yang menewaskan pencabar lain dari pelbagai negara seperti Taiwan, Indonesia, Singapura, Vietnam dan banyak lagi. 

“Saya hanya menerima tro kemenangan yang dihantar terus dari Amerika Syarikat (AS) selepas dua minggu saya diumumkan sebagai penerima. Ia antara perkara berharga, ibarat menggenggam anugerah Emmy kerana tro tersebut juga dihasilkan mereka yang membuat tro untuk anugerah antarabangsa itu,” katanya.

SKRIP, WATAK BERULANG CETUS KECEWA

Peminat yang mengikuti perjalanan seni seorang Susan Lankester pastinya menyedari tentang satu fasa di mana pelakon ini hilang seketika dari radar populariti dan jarang membuat sebarang kemunculan baik dalam  FIlem mahupun drama antara pertengan era 90-an sehingga tahun 2012. 

Sempat saya menanyakan Susan ke mana hilangnya dia dan apa yang mendorong dia menyepikan diri buat seketika itu. 

“Saya akui berlaku satu fasa di mana saya hilang minat terhadap dunia lakonan selepas menjadi mangsa stereotaip, sering ditawarkan watak sama, sebagai gadis berketurunan Inggeris yang datang dari luar negara. Ketika itu saya nekad, tolak tawaran demi tawaran dalam rasa kecewa dan marah sehingga ada pihak yang menyifatkan saya pelakon sombong kerana menolak pelbagai tawaran lakonan ketika itu. 

“Saya ketika itu idamkan watak yang lebih berkembang, bukan yang sama berulang kali kerana saya sudah bosan dengan watak serupa. Jadi saya ambil beberapa tahun untuk menyepikan diri, banyak berlakon teater, melancong ke sana sini dan tubuhkan sebuah syarikat PR sendiri. 

“Sehinggalah pada 2012, saya ditawarkan satu watak dan skrip yang berlainan dalam Keluarga Iskandar, sebuah drama komedi yang ketika itu ditayangkan di Astro Prima.

“Drama tersebut membuka mata saya untuk kembali aktif semula dalam dunia seni arus perdana,” ujarnya.

IDAM KERUSI PENGARAHAN, PENERBIT 

Bertahannya Susan dalam dunia perfileman dan drama tempatan didorong rasa percaya dan yakin industri ini akan lebih berkembang dan memberi lebih ruang serta peluang kepada penggiat seni baru dan lama. 

Namun, dia juga yakin masih banyak ruang penambahbaikan harus dilakukan untuk membentuk industri perfileman tempatan ke arah yang setanding dengan industri antarabangsa. 

“Jangan petik tentang standard Hollywood, kita kena lebih dahulu percaya dan yakin terhadap industri perfileman kita sendiri, buka lebih banyak pintu untuk penghasilan skrip yang lebih bagus dan terbuka. 

“Kita sebenarnya ada idea dan penceritaan bagus selain bakat-bakat penulisan yang sangat baik. Tinggal saja kita masih berdepan masalah kekurangan dana. 

“Satu hari nanti saya mahu menjadi produser dan pengarah, hasilkan  filem saya sendiri. Beri saya sedikit masa lagi untuk mencapai impian tersebut,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya