Ah long berleluasa sebab permintaan tinggi

Ah long masih berleluasa sebab permintaan tinggi kerana prosedur mereka mudah

ah long
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat dikenal pasti antara punca kegiatan ah long atau ceti haram masih berleluasa di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, tawaran pinjaman disediakan peminjam tanpa lesen itu lebih mudah berbanding yang disediakan institusi perbankan dan kewangan berlesen yang lebih menarik perhatian peminjamnya.

SHAMSUL ANUAR NASARAH

“Hal ini juga disebabkan kesukaran masyarakat untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi perbankan serta juga institusi kewangan berlesen (atas faktor kurang kelayakan), maka kegiatan Ah long berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh [PN-Besut] semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Che Mohamad terdahulu bertanya mengenai usaha kerajaan mengatasi kes keganasan membabitkan ah long memandangkan semakin banyak kes menunjukkan mereka merosakkan harta benda orang awam sewenang-wenangnya.

Shamsul Anuar berkata, rekod pada 2021 menunjukkan 1,067 kes tangkapan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan Seksyen 29(a) Akta 40.

“Pada 2022 pula, jumlah kes adalah 1,009 dan tangkapan juga dibuat sebanyak 1,262 dengan kerajaan turut melaksana pelbagai kaedah untuk memastikan berkaitan kegiatan Ah long dapat ditangani.

“Antaranya kerajaan tingkatkan keupayaan PDRM untuk tangani isu ini termasuk (pemantauan) menggunakan media sosial. Ah long sudah berubah, dulu tampal iklan di stesen bas dan kawasan awam, tetapi kini sudah beralih menggunakan media sosial.

“Di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, kita sudah ada unit korporat siber untuk tingkatkan usaha menangani kes ini, selain kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa [BN-Tampin], kementerian menyedari isu Ah long besar dan mencabar untuk ditangani, namun buat masa ini tindak balas dilakukan agensi penguatkuasa tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

“Polis tidak memberi bantuan secara khas (kepada peminjam ah long, hanya bertindak pantas jika peminjam diganggu. Polis akan bertindak pantas dan sentiasa beri kerjasama (kepada peminjam yang diancam atau diugut),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya