Perkasa sokong Pas satukan Melayu - Utusan Malaysia

Perkasa sokong Pas satukan Melayu

Pas Melayu
SYED HASAN SYED ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas bersama Perikatan Nasional (PN) mampu membentuk kerajaan jika mendapat sokongan pengundi Melayu sepenuhnya.

Kemampuan tersebut dinilai berdasarkan situasi yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu apabila gabungan itu berjaya memperoleh 74 kerusi.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali berkata, disebabkan kemampuan tersebut, PN boleh menguasai pilihan raya asalkan mendapat sokongan orang Melayu.

“Sepatutnya PN menjadi kerajaan tetapi dinafikan oleh orang Melayu sendiri. Sepatutnya kita boleh membina kerajaan Melayu yang kuat tetapi itulah rasa kekecewaan kita yang disampaikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Oleh itu kita perlu bekerja kuat dan memperoleh kemenangan (pada PRU16). Ini disebabkan kita risau dengan apa yang berlaku sekarang dengan permainan kotor, mengawal media dan juga mudah hendak menyaman dan juga mendakwa dan menangkap yang cuba menakut-nakutkan (pemimpin pembangkang),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Beliau menambah, jika keadaan tersebut berterusan pimpinan-pimpinan parti politik yang ada takut bersuara.

Kata Syed Hasan lagi, dengan saranan-saranan Abdul Hadi menerusi ucapan dasar dalam muktamar tersebut beliau berharap para perwakilan akan lebih bersemangat untuk terus berjuang demi kemenangan PRU16.

“Sebab inilah tempat orang Melayu bersatu. Jika PN pula berpecah di mana orang Melayu hendak pergi selepas ini.

“Jadi kita harap dengan kemenangan banyak kerusi pada PRU15 walaupun tidak menjadi kerajaan, saya berharap PN bekerja kuat untuk PRU16 dan perpaduan dalam parti terus mantap dan tidak goyang bagi memastikan perjuangan untuk orang Melayu tercapai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya