SHAH ALAM: Perarakan khas solidariti bersama Palestin menjadi gimik pembukaan Muktamar Tahunan Pas Ke-69 yang bermula pada hari ini.
Gimik tersemut menggamatkan dewan dengan laungan takbir dan doa yang turut disaksikan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama barisan kepemimpinan parti.
Turut menyaksikannya, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Naib Presiden Parti Putra, Datuk Asmawar Samad.
Seramai tujuh orang anggota Jabatan Amal Pas membarisi perarakan tersebut yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Riduan Mohamad Nor yang juga Pengerusi Tetap Pemuda Pas Pusat. – UTUSAN