Perak mampu jadi hab industri mineral

Perak mampu jadi hab industri mineral

Selain pertanian, nadir bumi juga menjadi sumber ekonomi negeri Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penubuhan makmal analisis nadir bumi mampu menjadikan Perak sebagai hab yang komprehensif bagi memacu pembangunan industri mineral di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Anuar Zainal Abidin berkata, makmal itu berupaya merancakkan lagi industri mineral selari dengan agenda perlombongan bertanggungjawab seperti digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030.

Anuar Zainal Abidin

“Pada masa yang sama, makmal analisis mineral ini juga berupaya membantu Perak menjadi pemangkin di peringkat huluan yang akhirnya akan memberi nilai tambah kepada peringkat pertengahan dan peringkat hiliran masa depan.

“Ini sekali gus menjadi penanda aras penting bagi pembangunan industri nadir bumi, bukan sahaja di Perak tetapi di Malaysia secara keseluruhan,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad baru-baru ini mengumumkan bahawa negeri itu akan membina makmal nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang pertama di Malaysia.

Jelasnya, makmal itu akan dibina melalui tiga agensi di bawah kerajaan negeri iaitu MB Inc, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Mengulas lanjut, Saarani berkata, pembinaan makmal itu sudah mendapat kebenaran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA) sewaktu Mesyuarat Mineral Negara pada baru-baru ini.

Sementara itu, Anuar menambah, keupayaan makmal berkenaan juga tidak hanya terhad kepada analisis unsur nadir bumi lantanida (lanthanide) pada masa hadapan, malah berkemampuan menganalisis beberapa mineral lain yang berpotensi dikembangkan dari masa ke semasa.

Makmal itu juga membantu membangunkan pangkalan data untuk rujukan kerajaan negeri pada masa hadapan selain menyediakan kepakaran menganalisis dan menentusahkan kandungan elemen nadir bumi.

Jelas Anuar, ia bukan sahaja menjurus kepada mineral lantanida semata-mata, tetapi juga kepada mineral-mineral lain yang berpotensi dimajukan sebagai sumber ekonomi negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya