Perak lancar Tabung Kemanusiaan Palestin - Utusan Malaysia

Perak lancar Tabung Kemanusiaan Palestin

ORANG ramai yang menyertai Himpunan Solidariti Palestin di luar pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bertujuan mengutip dana bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Zionis Israel.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan buat permulaan, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) menyediakan dana RM100,000 untuk disalurkan ke dalam tabung berkenaan.

“Tabung ini adalah tanda solidariti rakyat Perak tanpa mengira kaum dan agama dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan jabatan dan agensi, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk sama-sama menyumbang ke dalam tabung tersebut.

Jelasnya, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Bendahari Negeri Perak bernombor 08013010064660 dengan menyatakan ‘Tabung Palestin’ di ruangan perihal atau rujukan.

Katanya, kerajaan negeri akan berhubung dengan pihak Kementerian Luar dan Wisma Putra bagi tujuan penyaluran sumbangan tersebut kepada pihak berkuasa Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya