IPOH: Kerajaan negeri melalui inisiatif Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhasrat mengguna pakai sistem pelupusan sampah dan sisa pepejal baharu melalui kaedah thermowaste. Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, teknologi itu menggunakan kaedah pengasingan sisa pepejal isi rumah dengan lebih cekap, cepat serta mudah. Katanya, teknologi thermowaste yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah termasuk Poland dan Sepanyol berupaya menangani isu alam seperti pencemaran bau sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan awam. Menurutnya, sisa pepejal yang diasingkan boleh memberi pulangan pendapatan melalui penghasilan komoditi seperti biojisim, plastik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya