Perak berpesta gol belasah TRW 8-0 - Utusan Malaysia

Perak berpesta gol belasah TRW 8-0

PEMAIN Perak FC, Seo Seonung (kiri) diasak penjaga gol Kelantan FC, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak berpesta gol apabila membelasah Kelantan The Red Warriors (TRW) 8-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini.

Kira-kira 3,000 penyokong tuan rumah yang hadir menyaksikan perlawanan itu sudah pasti puas melihat jaringan besar yang dihasilkan pemain The Bos Gaurus buat pertama kali.

Dengan corak permainan kemas, Perak mendahului 5-0 pada separuh pertama ketika Kelantan FC jelas gagal memberikan saingan apabila mudah diperkotak-katik pemain tuan rumah.

Malah, perlawanan tersebut ibarat latihan buat skuad Bos Gaurus yang menguasai persaingan di setiap penjuru padang.

Jika sebelum ini Perak sukar menjaringkan gol tetapi malam ini anak buah Yusri Che Lah begitu berselera.

Luka Milunovic menyumbat hatrik menerusi jaringan pada minit ke-14, minit ke-25, dan minit ke-33 manakala Seo Seonung meledak dua gol masing-masing pada minit ke-49 hasil sepakan penalti dan minit ke-66.

Tiga lagi gol pasukan tuan rumah masing-masing dijaringkan Wan Zack Haikal (minit-17), A. Shivan Pillai (minit-36) dan dan Luciano Guaycochea (minit-84).

Dengan kemenangan itu, Perak kini mengumpul 22 mata, melonjak pada kedudukan kesembilan liga memintas Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Kedudukan itu bagaimanapun belum menjamin Perak kekal dalam Liga Super 2024 kerana masih mempunyai tiga perlawanan.

Perak akan bertemu tiga pasukan handalan iaitu Selangor, Sabah dan Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya