Penyakit X boleh menular menerusi zoonotik

Penyakit X boleh menular secara zoonotik

MUHAMMAD RADZI ABU HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyakit X boleh menular dari pelbagai sumber antaranya zoonotik iaitu melalui jangkitan haiwan kepada manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kadar penyebaran penyakit itu mungkin meningkat seiring dengan peningkatan kontak manusia dan haiwan. 

Katanya, penekanan hubungan antara manusia, haiwan dan kesihatan alam sekitar menjadi komponen penting dalam kerjasama antara pelbagai disiplin. 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan kepentingan proses saintifik yang telus dalam kajian asal usul virus kerana dijangka akan mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola.

“Walaupun ciri-ciri dan waktu berlakunya Penyakit X belum diketahui, pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas isu kebimbangan munculnya wabak Penyakit X yang menjadi tumpuan banyak pihak baru-baru ini.

Muhammad Radzi berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa bersedia dan berwaspada terhadap kemungkinan munculnya Penyakit X berdasarkan pengalaman lalu dalam menangani penyakit seperti Covid-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak risau berlebihan dan hanya fokus pada disiplin kesihatan kendiri.

Katanya, faktor-faktor seperti perubahan iklim, ekosistem dan urbanisasi menyumbang kepada risiko peningkatan wabak pada masa akan datang.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengikut garis panduan kesihatan, mengamalkan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bersiap siaga bagi berdepan Penyakit X walaupun ciri-cirinya belum dikenal pasti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya