Penoreh sokong penetapan harga getah sekali sehari

Penoreh sokong penetapan harga getah sekali sehari

Semakin banyak kebun getah terbiar disebabkan harganya yang murah dan generasi muda tidak lagi minat menoreh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Penoreh di jajahan ini melihat cadangan Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUBGM) supaya kerajaan menetapkan harga getah dibuat sekali sehari bagi mampu mengelakan berlaku spekulasi harga komoditi itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penoreh getah Azmi Jusoh, 64, berkata, keadaan tersebut juga dilihat mampu memudahkan urusan jual beli bahan mentah itu.

“Sekarang ini penetapan harga dua kali sehari iaitu pada pukul 1 petang dan 5 petang. Kadang kala ia merugikan pekebun kerana harga jatuh naik hari yang sama.

“Saya juga bersetuju jika kerajaan menetapkan harga getah sehari sekali dengan mengumumkan sehari lebih awal,” katanya temui di Kampung Serongga di sini semalam.

Seorang lagi penoreh getah, Zizah Syafie, 60, memberitahu, cadangan yang dikemukan oleh PUBGM jika penetapan harga getah dibuat sehari sekali.

Katanya, cara itu lebih mudah untuk urusan jual beli getah sekerap ini.

“Harga yang ditetapkan dua kali sehari itu kadang kala mengelirukan pekebun dan ada yang terpaksa menyimpan dulu getah sekerap untuk menunggu harga diumumkan sebelah petang apabila ada spekulasi getah naik harga,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, PUGBM mencadangkan kerajaan menetapkan harga getah dibuat sekali sehari menggantikan sistem dua kali sehari yang diamalkan sekarang.

Presidennya, Kameruzaman Ab. Rahman berkata, penetapan sekali sehari itu mampu mengelakan spekulasi harga yang merugikan pekebun. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya